click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
tiAp sAaT waKtU berDeTiK..
aTi iNi kiAn teRtanYa sEndiRiAn.. kE ManA deStiNasi kU..
hANyA ALLaH yG MaHa MenGEtAhui SegALaNya..

Sunday, November 30, 2008

Kisah RM 20

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah..... Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk naktanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahuberapa pendapatan ayah sejam di pejabat?Si anak mula merayu pada ayahnya.Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?Jerkah ayahnya lagi..
Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgitdari ayah?Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu kesebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nakbuat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nakbeli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit,kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergimasuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali kebiliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkanmengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembalitenang dan terfikir kemungkinan besar anaknyabenar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahkerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyaksebelum ini.Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju kebilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni"Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah.Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

"Terima kasih banyaklah ayah!"Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkansekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpitoleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembaliberang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah adaduit sebanyak itu??Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambilmenggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayahbagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayahsebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi."Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayahambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah dipejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Aminrindu nak makan malam dengan ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...The moral of this story... Kongsilah cite ni ngansesape je yg anda suka tapi..yang penting skali,sharelah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitisperingatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjanghidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapasaja yang selalu sibuk...

Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapatdengan kita..yang sentiasa berada di hati kita..Bayangkan...kalau kita mati.. nanti majikan kita akansenang2 cari orang lain..gantikan kita.Tapi..keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat duniani pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidupmereka...Fikirlah...selama ni.. apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??=)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Recent Comments